logo

SENARAI SEMAK KEPERLUAN DOKUMEN BAGI PERJUMPAAN MURID LINUS DENGAN PENGAMAL PERUBATAN KERAJAAN BAGI RUJUKAN TERUS DAN BERPUSAT (OUTREACH)

BIL DOKUMEN KETERANGAN MUAT TURUN
1 SENARAI SEMAK Borang Senarai Semak keperluan dokumen yang perlu di bawa semasa pemeriksaan dengan pengamal perubatan kerajaan. Borang Senarai Semak
2 KERTAS UJIAN DAN KEPUTUSAN SARINGAN LINUS Guru perlu membawa kertas ujian dan keputusan saringan LINUS ini jika murid telah melaksanakan ujian/saringan LINUS tersebut. Tidak diperlukan jika murid tersebut nyata menampakkan ciri OKU dan tidak dapat melaksanakan ujian/saringan LINUS. Disediakan oleh guru
3 INSTRUMEN PENGESANAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN Guru perlu melengkapkan semua bahagian A, bahagian B dan Permarkahan serta perlu merujuk kepada penjaga murid bagi sejarah kesihatan murid dan pengamal perubatan bagi Elemen 2: Masalah Penglihatan. Borang ini perlu ditandatangi oleh penilai (guru) dan Guru Besar. Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Pembelajaran
4 INSTRUMEN SEMAK DISLEKSIA Borang ini perlu dilengkapkan oleh guru (penilai). Bahagian pemarkahan (bahagian A) di isi oleh guru (penilai), (bahagian B) di isi oleh JU Disleksia dan ditandatangi dan disahkan oleh Guru Besar.

*Sila hubungi Pegawai Meja Pemulihan Daerah untuk senarai nama JU Disleksia.

Instrumen Semak Disleksia
5 BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN OKU (BPOKU Pindaan 2019) Borang ini perlu dilengkapkan oleh penjaga dengan bantuan guru. Hanya lengkapkan bahagian A dan bahagian C sahaja. Borang Permohonan Pendaftaran OKU
6 BORANG SOAL SELIDIK IBU BAPA Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh penjaga dan guru boleh membantu penjaga untuk mengisi borang ini. Borang Soal Selidik Ibu/Bapa/Penjaga
7 LAPORAN GURU MENGENAI MURID DI BAWAH PEMERHATIAN Guru perlu memuat turun contoh laporan ini dan membuat penilaian dan laporan berdasarkan pemerhatian terhadap tingkahlaku murid. Guru perlu berkolaboratif dengan guru kelas murid dan guru matapelajaran lain bagi mendapatkan maklumat lengkap dan tepat berkenaan murid. Contoh Laporan Guru
8 BORANG PERAKUAN PENGAMAL PERUBATAN Borang ini hendaklah diserahkan dan dilengkapkan oleh doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap murid.  Borang Perakuan Pengamal Perubatan
9 BORANG ORE 02 Borang ini hanya perlu di bawa sekiranya berlaku rujukan berpusat (outreach) di mana ada Multiple Disciplinary Team (MDT) terlibat atau sekiranya diminta oleh doktor. Borang ORE 02
10 SURAT KEBENARAN IBU/BAPA/PENJAGA Surat ini perlu di isi oleh penjaga sebagai persetujuan untuk anak di bawah jagaan menjalani pemeriksaan. Surat ini juga adalah sebagai kebenaran penjaga untuk guru membawa anak murid ke pemeriksaan doktor dan mewakili penjaga sekiranya penjaga tidak dapat hadir. Surat Kebenaran Ibu/Bapa/Penjaga
11 HASIL KERJA MURID Guru perlu membawa hasil kerja murid sebagai contoh buku latihan, lukisan, hasil tulisan dan sebagainya semasa perjumpaan dengan doktor. Disediakan oleh guru
12 KEPUTUSAN AKADEMIK MURID Guru perlu membawa keputusan akademik murid seperti keputusan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan/akhir tahun, kuiz dan sebagainya semasa perjumpaan dengan doktor. Disediakan oleh guru
13 KAD OKU MURID  Penjaga perlu membawa kad OKU murid (sekiranya ada) semasa perjumpaan dengan doktor. Disediakan oleh penjaga sekiranya ada

 

PROSEDUR SELEPAS PERJUMPAAN DENGAN PENGAMAL PERUBATAN

1 Semasa perjumpaan dengan pengamal perubatan kerajaan, sila pastikan pengamal perubatan tersebut mengisi BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN OKU (bahagian D/E/F/G/H/I) dan J (jika perlu sahaja) dengan lengkap dan ditandatangan di bahagian I.
2 Pastikan pengamal perubatan tersebut menanda bahagian F jika pengamal perubatan tersebut mendapati murid ada ciri-ciri berkeperluan khas. Kemudian sila buat 4 salinan BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN OKU tersebut dan lampirkan sekali borang tersebut bersama-sama 4 salinan surat beranak/kad pengenalan murid dan 4 salinan kad pengenalan ibu/bapa penjaga murid dan serahkan kepada pegawai meja Pendidikan Khas daerah. BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN OKU yang asal diserahkan kembali kepada penjaga untuk permohonan kad OKU.
3 Sekiranya pengamal perubatan tersebut mendapati murid tidak mempunyai ciri-ciri murid berkeperluan khas dan tidak menanda apa-apa di bahagian F, sila nyatakan kepada penjaga dan teruskan program pemulihan atau kelas biasa kepada murid tersebut.
4 Sekiranya pengamal perubatan tidak dapat mendiagnosis murid dan memberi keputusan pada masa tersebut dan memberikan suatu tarikh lain untuk rujukan susulan, sila maklumkan kepada kepada pegawai meja Pemulihan Khas daerah untuk mendapatkan surat lain untuk rujukan susulan murid.